29 October 2011

Terasa nak update

Tetiba rasa nak update blog.

Sekarang ni duk melayan citer korea kat Maaduu. Boleh tahan gak laju, tak yah buffer. Gambar pun cantik. Tapi kat situ tak banyak sangat citer yang ada. Korea sahaja. Mysoju lagi hebat la, tapi kalau kat Mysoju ade gambar yang tak berapa clear.

Drama yang dah berjaya di-Maaduu-kan:

Pasta - Citer pasal masak-masak, jadi chef. Pastu bercinta ngan ketua chef. Suka tengok dorang masak. Cam terror jek. Hero kedua tu comel la.



Sassy Girl Chun Hyang - Da lama ni, saje je tengok balik. Tapi memang best. Tetiba lak rasa Mong-Ryong ni sangat hensem.



Prince Hours - Baru je start tengok. Best jugak. Hero dia comel. :)



Nak tengok Heartstrings, tapi takdek. En Maaduu, sila la upload citer tu :(




Drama/Movie melayu biasanya tengok kat Malaymoviesfull. Drama wajib tengok tetiap minggu:

Cinta Elysa - Citer ni memang best. Yang tak berapa best heroin je. Adoi, kenapa la FS. Johan dah best dah. Sweet je. Tapi, skang dah ada kontroversi la pulak.



Kali Kedua - Drama pasal cintan-cintun, budak kolej. Cam biasa jek, tapi best.

0 comments: