Nampak je aiskrim ni kat peti sejuk Magnolia, terus je ambik 4 perisa. Tu pun da 10 hengget. Kalau amik banyak lagi la mahal T__T.
Ranking mengikut kesedapan aiskrim:

Manggis - Yang ni paling sedap. Macam isi manggis. Tapi berebut dengan Umairah :(

Melon - Kaler hijau dia cantik. Dalam dia ada ketul-ketul melon. Memang sedap.

Laici - Ni pun best. Macam laici dalam tin. Juga ada hirisan laici :)

Oren - Yang ni pun ok. Tapi kalau perasa oren kan dah biasa sangat. Dalam dia ada isi oren macam dalam air Twister.
Dapat jugak merasa Magnolia Sherbet ni. Pas ni boleh la cari lagi.
♥ Bekas dia cantik menarik. Ada sudu comel.
♥ Memang sedap, tapi bekasnya kecik, so tak puas makan.
♥ Harga RM2.50 tu agak mahal sebab aiskrim dia kecik. Makan satu tak cukup :(
Nota: Petang tadi balik mencabar jugak. Jamm sebab hujan. Sedang elok masuk jalan kampung, tetiba tersekat sebab air naik. Sume patah balik, takkan nak redah. Ikut jek kereta depan. Thanks a lot WMA XXXX, kerana anda saya dapat keluar tanpa perlu meredah air tinggi itu :)
0 comments:
Post a Comment